Thursday, June 11, 2009

My wedding - 14 & 15 Mac 2009





Untuk maklumat semua rakan-rakan..disebabkan masih ramai kwn2 yang belum tahu berita perkahwinan saya dan isteri iaitu intan, saya mengambil ksempatan ini utk mengumumkan bahawa saya dan intan sudah selamat diijab kabulkan pada 14/3/2009 dan majlis pada 15/3/2009. Harap kawan2 dapat mendoakan kebahagian kami didunia dan diakhirat..insyaallah.
Harap maaf juga disebabkan kami tidak sempat untuk menjemput rakan-rakan semua utk dtg ke majlis kami. Saya akan ceritakan sebentar nanti ye..apa sebabnye..hehe..

Bagi saya saat manis yang saya idamkan selama ni sebenarnya bercampur dengan dugaan sekali..namun bagi saya, saya anggap mungkin ini adalah suratan takdir kami begini..dugaan yang kami tempuh amat berat bagi saya rasanya..hehe..mungkin apa yang akan saya tulis ini dapat jadi iktibar ataupun panduan utk kwn2 yang belum kahwin tu..

Ok, sebenarnya saya dan intan sekarang sedang dalam pengajian di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim di Sg Petani. untuk menjadi seorang Guru. Kami sudah mengikat tali pertunangan pada Ogos 2007. Kami merancang utk bernikah pada mulanya pada 8/8/2008. Tarikh baik le agaknye..hehe namun tarikh tu terpaksa ditunda lagi disebabkan sb2 yang tertentu..setelah itu kami merancang utk memilih bulan 2/2009.. Untuk dijadikan cerita..saya yang sebelum ni tak penah bercita-cita utk menjadi seorg guru..berminat utk mempunyai seorg suri rumah yang berstatus guru..saya percaya ramai lelaki di luar sana mahu org umah mereka seorang guru betul tak..hehe..So langkah pertama utk saya jadikan bakal org umah saya jadi seorg guru adalah beli pin no di BSN utk intan. biar dia aply masuk kpli. Namun tanpa dia sedari..saya juga beli pin utk saya sendiri..tapi isi borang online asing2..hehe.. Ini supaya saya tak mahu dia berubah fikiran plak nanti..So dipendekkan cerita bila dia da tahu saya pun aply gak..saya dan intan pg periksa kali pertama..bersama-sama..tempat yang sama..Di intiview pun tempat yang sama..intiview group pun group yang sama..dah dapat kpli pun di institu yang sama..belajar juga kursus yang sama..kelas pun di kelas yang sama..kelakar tak..hehe..Klu korang nak tahu..dulu pun belajar diploma dan degree pun di tempat yang sama..hehe..

Ok..seterusnya..bila dapat tawaran Kpli tu..kemasukan pada 12 januari 2009..Saya pun berpikir balik..saya ni betul2 ke nak jadi cikgu..ataupun main2 je..sb saya tak sangka sebenarnya percubaan kali pertama mphon kpli ni bleh dapat plak..Namun atas nasihat abg2 da rkn2..mereka menyatakan itu adlah rezeki utk kami sempena perkahwinan kami yang bakal kami lansungkan. Namun rezeki juga dtg dgn dugaan juga..di dalam kesibukan kami utk menyediakan persiapan utk perkahwinan..kami juga terpaksa menyibukkan diri dgn assigtment di institut..mmg sgt tension pada saat itu..tak tahu nak ckp camne..kami sibuk dgn jadual kuliah yg ketat..sibuk dgn aktiviti yg mcm2..juga tak lupa dengan keadaan poket yang sungguh menyedihkan.., Kami juga tak berkesempatan utk membuat persiapan dgn baik..try baju utk majlis pun seminggu sblm majlis tau..tu pun kami paksa diri juga utk balik dr Sg petani ke Melaka semata-mata utk try baju..isk2...Seminggu terakhir sblm majlis plak..kami juga terpaksa utk pergi ke Langkawi utk aktivit Pendidikan Luar. Aktiviti yang lasak..berkhemah, masuk utan, panjat bukit, berkayak, masuk gua..sampai muka pun naik hitam..Aktiviti PL tu abis 2 hari sblm majlis..kami terpaksa utk balik dari Langkawi guna Kapal terbang..sb nak sampai ke Melaka dgn cpt..Kami sampai di Melaka pada Khamis petang..Kami ada masa 1 hari utk saja lagi utk buat persiapan terakhir..Dan akhirnya mlm 14/2/2009..dengan keadaan letih di Langkawi masih belum hilang..kesan Sun burn di muka masih lagi melekat..Kami selamat diijabkabulkan. Saya sendiri tidak menyangka..saat manis saya akan jadi kelam kabut mcm tu..tp itula saya terima segala dengan reda..walaupun berbagai tohmahan saya terima..kesian juga pada isteri saya..sb saya tak dapat bagi majlis yg terbaik utk majlis perkahwinan kami..sy tak dpt buat semua tu sb saya masih bergelar pelajar..Bagi saya..intan adalah seorg yg tabah sebenarnya..sb dia bleh lalui semua ni..Majlis perkahwinan kami selamat dijalankan dengan status kami berdua sbg seorg pelajar.

Begitulah dugaan kami sehingga kami bergelar suami isteri..So harap fahamlah kenapa anda tidak dpt kad undangan dari kami ketika itu yer..Maafkan kami sb tak smpat nak edar kad jemputan. Disebabkan masa yang terhad. Harap pada kawan2 yang nak kawen tu..teruskan je niat murni tu..insyaallah akan berjalan juga majlis tu nanti..tetapi kena tabah juga hadapi dugaan yang datang nanti..hehe..Namun bagi saya walaupun perkahwinan kami ni dijalankan dalam keadaan kami berdua kelam kabut..namun ia tetap menjadi kenangan terindah bagi saya..

Shah

1 comment:

fena said...

satu je gmbr kwin..letak a byk2 ckit..