Wednesday, December 23, 2009

Diposting di Melaka

Alhamdulillah.. setelah sekian lama, sejak meninggalkan Melaka dan duduk di perantauan orang 7 tahun, akhirnya hajat dan impian yg selalu diingini utk kembali menetap di Melaka akhirnya termakbul. Banyak sb kenapa sy mahu kembali ke Melaka, antaranya keadaan bapa yang sedang uzur di kampung. Lepas ni bolehla bagi lebih byk masa utk menjaganya. Sy akui sy bukanla anak yg baik..Tp terdetik dlm hati ni klu boleh nak beri sedikit kebaikan pada bapa. Sayu dlm hati bila tgk keadaannya..tak dpt sy bayangkn klu sy berada ditempatnya...
Bapa sy ni dulu seorang tegas orang..jarang kami adik beradik utk bersembang dengannya..apatah lagi meminta duit daripadanya. Selalunya jika berkaitan duit..semua minta pada Mak. Maklah akan berbincang dgn bapa berkaitan duit. Dapat duit brla diserahkan pada kami. Kira Mak jd perantara antara kami dgn bapa. Namun sikap ketegasannya itu takdelah sampai memukul anak-anaknya... Mungkin dia tak pandai nak bermesra dgn anak-anak bila diorg dah membesar. Walaupun begitu, apa yg sy banggakan sgt dgn bapa sy ni..walaupun dia kurang berckp dgn anak-anaknya, dia berjaya juga mengajar semua anak-anaknya mengaji seramai 12 orang. Alhamdulillah semunya katam Al-Quran bawah didikanya. Setelah pemergian Mak pada tahun 2002, Sy rs segala kebahagian yg kami ada selama ini diambil. Rasanya tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dgn bapa selepas ketiadaan Mak. Adik beradik saya seramai 12 mungkin tak semua rasa hidup dengan bapa selepas ketiadaan Mak. Bapa menjalankn tanggungjawabbya sebagai bapa dan juga Mak. Sy teringat pd bulan puasa, beliaulah yg menyediakan makanan sahur utk saya dan adik. Itulah saat indah bagi saya dengan bapa..Kasih sayang seorg bapa pada anak yg selama ini tidak begitu nampak..sebenarnya ada pada diri dia..saya dan adik bertuah kerana merasai kasih sayang itu. Saya juga terharu, bila keadaannya yang sedang sakit..nama saya dan adiklah yg selalu dipanggilnya. Insyaallah..kesempatan yg diberikan utk mengajar di Melaka akan digunakan utk menjaga bapa. Akan bagi yg terbaik utknya..

1 comment:

ryns said...

salams, secara kebetulan sy terjumpa blog awak. hati saya amat sayu apb membaca nukilan yg dicoretkan. sesungguhnya awak bertuah kerana mendpt seorang bapa yg sgt bertanggungjwb.